TABUNG INFRASTRUKTUR
Mengumpul dana bagi sebarang bentuk bantuan infrastruktur yang diperlukan oleh golongan asnaf.
بسم الله الرحمن الرحيم
Adalah menjadi hasrat utama Yayasan Ikram Malaysia untuk membantu insan yang ingin mengubah hidup mereka menjadi lebih baik, mandiri dan tidak lagi bergantung harap kepada insan lain.
Namun begitu, pemilik bangunan yang kurang berkemampuan dan taraf sosioekonomi setempat yang juga tidak mendukung membawa kami menyediakan peluang menyalurkan bantuan infrastruktur kepada mereka.
Melalui bantuan infrastruktur ini, sedikit sebanyak dapat melenyapkan kerisauan dan mengubah impian menjadi kenyataan buat keluarga yang berkelayakan. Semoga dengan bantuan daripada kita dapat memberi sinar harapan serta dapat meringankan beban mereka dalam meneruskan kehidupan.
Ayuh! Anda juga mampu membuat perubahan dalam masyarakat bersama kami!
Nota Tambahan: Sila masukkan bilangan yang ingin disumbangkan di bahagian ‘Quantity’ mengikut jumlah yang anda ingin sumbangkan. Jika anda ingin membuat sumbangan kepada pengurusan pihak Yayasan Ikram Malaysia (PILIHAN), anda boleh menyumbang di bahagian TIPS. Jumlah TIPS ini akan dikongsi sama rata antara Yayasan Ikram Malaysia dan penyedia platform Herepay.
Please fill in all required details