SUMBANGAN RENCAH RAYA BERSAMA BISKUT RAYA_4
Pemberian sumbangan pek makanan asas kepada keluarga yang memerlukan bagi membantu meringankan beban kewangan dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri.
بسم الله الرحمن الرحيم
Kami mengajak anda untuk menyertai inisiatif sumbangan kami yang bertujuan membantu keluarga yang memerlukan dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh bahagia.
Projek "Sumbangan Rencah Raya dan Biskut Raya" ini bukan sekadar memberikan kebahagiaan tetapi juga memberi sumbangan pek makanan asas kepada mereka yang memerlukan, membantu meringankan beban kewangan mereka.
Kenapa Sumbangan Biskut Raya?
Biskut raya yang akan disumbangkan ini dibuat oleh penghuni-penghuni Penjara Wanita Kajang dan juga bekas penghuni. Dengan menyokong projek ini, anda turut membantu mereka memulakan kehidupan semula dengan lebih baik, sekaligus meningkatkan pendapatan mereka.
Apa pula yang terdapat dalam Bantuan Rencah Raya?
Setiap pek Rencah Raya ini adalah makanan asas yang mengandungi bahan-bahan seperti ketupat, serbuk perencah masakan, garam, gula, cili giling, santan kotak, dan lain-lain. Semua ini dirangkumi dalam satu pek dengan nilai sebanyak RM80 sahaja.
Beri Kuih Raya, Tabur Keriangan!
Selain itu, anda juga boleh menyumbang dalam bentuk kuih raya dengan nilai sebanyak RM 20 setiap unit. Setiap sumbangan membantu kita mencapai matlamat kami untuk menyebarkan keriangan kepada 50 buah keluarga yang memerlukan. Projek ini akan berkolaborasi dengan pihak OYB Ikram kawasan yang terpilih dan PAKSI IKRAM (Pusat Sokongan Wanita dan Keluarga). Ini adalah untuk memastikan sumbangan anda sampai kepada mereka yang memerlukan dengan efisien dan berkesan.
Bagaimana Anda Boleh Turut Serta?
Anda boleh menyumbang sekarang untuk memberi impak positif kepada keluarga yang memerlukan. Setiap sumbangan pastinya akan membawa makna yang besar dalam memberikan kegembiraan kepada mereka dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Jom bersama-sama kita sebarkan keriangan dan ringankan sedikit beban keluarga yang memerlukan. Klik link di bawah untuk menyumbang sekarang! Terima kasih kerana menyokong projek Sumbangan Rencah Raya dan Biskut Raya ini. Bersama, kita
mampu membuat perbezaan!
Seberapa nilai pun sumbangan, kedermawanan anda sangat bermakna dan sangat membantu meringankan beban kewangan yang mereka hadapi ini. Mungkin kita juga adalah sebahagian kisah bahagia mereka.
SUBURKAN RAMADAN, BERKONGSI BARAKAH.
Nota Tambahan: Sekiranya anda ingin menyumbang lebih daripada jumlah yang tertera, anda boleh mengubah jumlah tersebut mengikut jumlah yang ingin disumbangkan. Jika anda ingin membuat sumbangan kepada pengurusan pihak Yayasan Ikram Malaysia, anda boleh menyumbang di bahagian TIPS.
Please fill in all required details