TABUNG PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INSANIAH PERAK (TPPI)
Sebuah inisiatif membangun potensi akademik, jati diri dan akhlak pelajar B40, asnaf dan Orang Asal di negeri Perak.
بسم الله الرحمن الرحيم
Pada tahun 2020, terdapat 60,800 kanak-kanak di kalangan Orang Asli dan jumlah itu meningkat menjadi 62,800 pada tahun berikutnya (2021). Sekiranya terdapat 62,800 kanak-kanak Orang Asli, 26,558 orang (42.29%) daripada mereka dijangka tidak akan menamatkan persekolahan.
Mengapa Pendidikan Orang Asli Penting?
- Akses Terhadap Pendidikan: Ramai anak-anak Orang Asli yang tidak memiliki akses mudah ke sekolah.
- Kekurangan Sumber: Kekurangan buku, alat tulis, dan bahan pembelajaran lainnya.
- Potensi yang Tidak Terungkap: Setiap anak memiliki potensi, dan pendidikan dapat membantu mereka mencapai kemampuan penuh mereka.
Oleh kerana itu, inisiatif Tabung Pendidikan dan Pembangunan Insaniah Perak diadakan bertujuan untuk memberikan akses pendidikan yang lebih baik kepada anak-anak ini.
Kami menyasarkan dana sebanyak RM50,000.00 untuk menjayakan hasrat yang murni ini. Mari bersama Yayasan Ikram Malaysia memberikan peluang kepada mereka dengan menyumbang ke Tabung Pendidikan dan Pembangunan Insaniah Perak.
Setiap sumbangan, tidak kira seberapa kecil, akan membawa perubahan yang besar dalam kehidupan anak-anak ini. Seberapa nilai pun sumbangan, kedermawanan anda sangat bermakna dan sangat membantu meringankan beban kewangan yang mereka hadapi ini. Mungkin kita juga adalah sebahagian kisah bahagia mereka.
TERIMA KASIH!
Sumber:
https://share.getcloudapp.com/collections/zOf5x3V/UNTUKMALAYSIA dan
https://www.thestar.com.my/news/education/2020/10/25/bridging-the-educational-gap
Nota Tambahan: Sila masukkan bilangan yang ingin disumbangkan di bahagian ‘Quantity’ mengikut jumlah yang anda ingin sumbangkan. Jika anda ingin membuat sumbangan kepada pengurusan pihak Yayasan Ikram Malaysia (PILIHAN), anda boleh menyumbang di bahagian TIPS. Jumlah TIPS ini akan dikongsi sama rata antara Yayasan Ikram Malaysia dan penyedia platform Herepay.
Please fill in all required details