I-QURBAN 2025
Program ini akan dilaksanakan di beberapa kawasan di Malaysia dan agihan diberikan kepada golongan asnaf dan fakir miskin, OKU, ibu tunggal, anak yatim dan mereka yang kurang berkemampuan dan memerlukan.
بسم الله الرحمن الرحيم
Jom laksanakan ibadah qurban sempena Aidiladha 1446H ini bersama Yayasan Ikram Malaysia melalui kempen i-Qurban.
Yayasan Ikram Malaysia akan meneruskan tradisi memberi melalui ibadah qurban yang telah dilaksanakan sejak tahun 1999. Pada tahun lalu, kami menguruskan ibadah korban bersama para peserta seluruh Malaysia di Sabah dan Johor. Kali ini kami sediakan peluang untuk anda pilih lebih banyak pilihan negeri untuk dilaksanakan.
Harga Korban di mengikut lokasi:
- Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis : RM790.00 satu bahagian (RM5,530 untuk seekor lembu korban)
- Sabah : RM890.00 satu bahagian (RM6,230 untuk seekor lembu korban)
Kami turut menyediakan pembayaran secara ansuran sebanyak tiga kali untuk kemudahan anda menguruskan kewangan dengan lebih baik.
- Boleh mula bayar ansuran sekarang!
- Peserta yang ingin menyertai secara ansuran, bayaran terakhir adalah pada 2/6/2025.
- Tarikh tutup penyertaan adalah pada 2/6/2025.
Jom bersama merebut keberkatan Aidiladha dan menyebarkan kebaikan sesama kita. Setiap sumbangan anda membawa kebahagian kepada mereka yang memerlukan.
Sempurnakan Ibadah, Berkongsi Barakah.
=============================================================
LAFAZ AKAD KORBAN
Saya (...Nama...) dengan ini mewakilkan Yayasan Ikram Malaysia untuk menguruskan ibadah Korban saya/kami pada tahun ini bagi pihak (...Saya dan Nama-nama Yang Termaktub...) kerana Allah Taala.
LAFAZ AKAD TERIMA KORBAN
Saya mewakili pihak Yayasan Ikram Malaysia menerima bayaran sejumlah ( ... ) bersamaan ( ... ) bahagian Korban ( ... ) bagi penama-penama yang berniat/diniatkan pada tahun ini kerana Allah Taala.
Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda kepada Yayasan Ikram Malaysia!
Sempurnakan Ibadah, Berkongsi Barakah.
Nota Tambahan: Sila masukkan bilangan yang ingin disumbangkan di bahagian ‘Quantity’ mengikut jumlah yang anda ingin sumbangkan. Jika anda ingin membuat sumbangan kepada pengurusan pihak Yayasan Ikram Malaysia (PILIHAN), anda boleh menyumbang di bahagian TIPS. Jumlah TIPS ini akan dikongsi sama rata antara Yayasan Ikram Malaysia dan penyedia platform Herepay.
Please fill in all required details