Infaq Ihya' Ramadan
Rebut ganjaran Ramadan sambil menyebar kebaikan kepada golongan yang memerlukan 🤲
Ramadan ini, kita mengajak anda untuk bersama-sama menjayakan inisiatif infaq yang insyaAllah akan digunakan untuk:
✔️ Menyediakan pek makanan asas harian
✔️ Agihan kit kelengkapan ibadah Ramadan
✔️ Bantuan kewangan terus kepada asnaf dan mereka yang memerlukan
🎯Penerima sasaran:
• Golongan asnaf
• Saudara baru
• Mereka yang benar-benar memerlukan bantuan
📖 Firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 261:
مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنۢبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ ۗ وَاللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ
“Perumpamaan orang-orang yang menginfakkan harta mereka di jalan Allah ialah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Dan Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (anugerah-Nya) lagi Maha Mengetahui.”
🌾 Ayat ini menggambarkan bahawa sumbangan dan infak di jalan Allah tidak akan berkurang, bahkan ganjarannya dilipatgandakan oleh Allah SWT menurut kebijaksanaan-Nya.
💚Sumbangan anda bukan sahaja meringankan beban mereka, tetapi juga mengumpul pahala berganda di bulan Ramadan.
Please fill in all required details