BANTUAN ASAS SAUDARA MUSLIM AWAL MUHARRAM 1447 H
Bantuan asas ini dihulurkan kepada saudara Muslim bagi memenuhi keperluan harian mereka, memberi semangat dalam menghadapi cabaran hidup serta menyokong perjalanan mereka dalam menghayati ajaran Islam.
🌟 INISIATIF SOKONGAN SAUDARA BARU🌟
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
🌙 Awal Muharram bukan sahaja simbol permulaan tahun baru Hijrah, malah ia adalah peluang untuk kita memperbaharui niat, memperhebat amalan kebaikan dan ihsan kepada mereka yang memerlukan.
“Barangsiapa yang membantu saudaranya, maka Allah akan sentiasa membantu dirinya.”
(Hadis Riwayat Muslim)
💞 YPIA dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation mengambil inisiatif membantu saudara baru yang kebanyakannya berhadapan dengan kesukaran hidup, sokongan keluarga yang terputus, dan diselubungi cabaran menyesuaikan diri dalam persekitaran baharu. Bantuan kecil dari kita mampu memberikan sinar besar dalam kehidupan mereka.
Salurkan sumbangan anda hari ini.
Sekecil mana pun, besar ertinya buat mereka.🤲🏻
Please fill in all required details