WAKAF PONDOK
MARI BINA LADANG AKHIRAT BERSAMA KAMI
Terdapat pintu surga yang hanya dapat dimasuki oleh orang yang bersedekah.
من أنفق زوجين في سبيل الله، نودي في الجنة يا عبد الله، هذا خير: فمن كان من أهل الصلاة دُعي من باب الصلاة، ومن كان من أهل الجهاد دُعي من باب الجهاد، ومن كان من أهل الصدقة دُعي من باب الصدقة
“Orang memberikan menyumbangkan dua harta di jalan Allah, maka ia akan dipanggil oleh salah satu dari pintu surga: “Wahai hamba Allah, kemarilah untuk menuju kenikmatan”. Jika ia berasal dari golongan orang-orang yang suka mendirikan shalat, ia akan dipanggil dari pintu shalat, yang berasal dari kalangan mujahid, maka akan dipanggil dari pintu jihad, jika ia berasal dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.” (HR. Bukhari no.3666, Muslim no. 1027)
MEMBINA DAN MENYIAPKAN PONDOK BAGI WARGA EMAS 20 UNIT TERES PERMULAAN
AYUH BANTU SIAPKAN!!!
Pondok Moden Darul Quran Wal Hadis An-Nasri (Daqwahannasri) adalah pusat pengajian Pondok dan Hafazan Al Quran dan arus perdana telah ditubuhkan pada 12 Rabiulawwal1434H bersamaan 24 Januari 2013M. Alhamdulillah, pada Bulan April 2022 Pondok Moden Darul Quran Wal Hadis An-Nasri telah mula beroperasi sepenuhnya dengan menempatkan 15 orang pelajar pada permulaan, dan kini telah mencapai 30orang pelajar. Ianya diasaskan oleh Ustaz Hj Alias Nasri B. Hj. Mahamud. Beliau merupakan anak kepada Al Marhum Ayahnda Tuan Guru Syiekh Hj. Mahamud Nasri Othmani yang merupakan murid kepada Tuan Guru Syiekh Yusuf Kenali Kelantan.
Matlamat penubuhan ialah bertujuan bagi menghidupkan kembali perjuangan ulama terdahulu yang mementingkan kualiti asas ilmu islam, Al Quran dan Sunnah berpandukan pegangan Ahlisunnah Wal Jama'ah. Pihak pengurusan juga melancarkan Skim Saham Wakaf untuk pembangunan Pondok Moden Darul Quran Wal Hadis An-Nasri. Saham Wakaf ini akan dimanfaatkan untuk pembangunan dan ekonomi serta membantu pelajar yatim dan asnaf.
Pihak pengurusan amatlah berbesar hati kepada dermawan budiman kerana memberi sokongan dan bantuan berterusan. Semoga cita-cita kita untuk melahirkan pelajar sepertimana tersebut di atas tercapai in sya Allah.
Rebutlah peluang di dunia ini, mari sama2 kita infaqkan sebahagian harta kita sebagai amal jariah yang pahalanya mengalir berpanjangan. Niatkan buat diri, keluarga ibu dan ayah. Semoga dengan Amal jariah ini dapat menjadi asbab beratnya timbangan amal kita.
Sebarang pertanyaan hubungi :
019-9920639 (Pejabat)
019-4270639 (Ustaz Hj Alias Nasri - Pengerusi)
019-5137546 ( Ustaz Zulazhan - Mudir)
Facebook : https://www.facebook.com/DAQWAHANNASRI?mibextid=ZbWKwL
Tiktok : https://www.tiktok.com/@daqwahannasri0.2?_t=ZS-90VIzO9OngG&_r=1
Emel: pondokdarulquran13@gmail.com
Please fill in all required details