BERINFAK DAN BERWAKAF UNTUK PEMBINAAN MASJID AS-SIDDIQIN TAMAN KUNDANG JAYA, RAWANG, SELANGOR
Memohon sumbangan wakaf lot bagi menaik taraf surau sedia ada ke arah pembinaan Masjid As-Siddiqin, Kundang Jaya, Rawang. Projek ini memerlukan dana sebanyak RM13 juta untuk direalisasikan.
This campaign will end on December 31, 2028
Target Amount
RM 13,000,000.00
1,112 day(s) left

PELUANG BERWAKAF UNTUK PEMBINAAN SEBUAH MASJID BARU DI TAMAN KUNDANG JAYA RAWANG SELANGOR.
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Pengenalan
Kundang Jaya merupakan sebuah Taman yang berada di dalam Kawasan Rawang Selangor dan telah diduduki pada tahun 2001. Taman ini terletak bersebelahan dengan Bandar Gamuda Garden, D’Laman Kundang, Taman Scientex, Taman Azalia, Bandar Baru Kundang, Desa Kundang. Terdapat banyak kilang-kilang beroperasi di sekitar. Taman Kundang Jaya mula diduduki pada tahun 2003.
Atas dasar itu, satu inisiatif untuk membina sebuah masjid baru yang boleh memuatkan lebih dari 1,500 jemaah dalam satu masa telah dirancang oleh Pihak Jawatankuasa Pembinaan Masjid As Siddiqin Taman Kundang Jaya.
Justifikasi kepadatan penduduk dan pembangunan sekitar antara sebab Surau As Siddiqin wajar segera dinaikkan taraf menjadi sebuah masjid.
Surau ini telah dibina pada tahun 2006 dan mampu menampung 350 jemaah dalam satu masa.Justeru itu adalah menjadi tanggongjawab bersama Jawatankuasa mendesak pihak berkuasa agama tempatan untuk dinaikkan taraf kepada sebuah masjid yang lebih selesa mesra jemaah.
SURAT KEBENARAN PEMBINAAN MASJID AS-SIDDIQIN TAMAN KUNDANG JAYA YANG DISAHKAN OLEH JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS).
https://drive.google.com/file/d/16ZlqoVl8L8R3hEGovzjisUW4OQVUuAg5/view?usp=drivesdk
RUJUKAN KELULUSAN JAIS - JAI.Sel.BPM/01/035/225 (2)
SURAT KEBENARAN PEMBINAAN MASJID AS-SIDDIQIN TAMAN KUNDANG JAYA YANG DISAHKAN OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS).
https://drive.google.com/file/d/1e4jblOMgf63DcZP8xXeWcpCOYnz1fJU_/view?usp=drivesdk
RUJUKAN KELULUSAN KEBENARAN MENGUTIP DANA WAKAF KHAS - Bil.(9)PWS/BPD/002/03-2/49
VIDEO
PEMBINAAN MASJID AS-SIDDIQIN TAMAN KUNDANG JAYA
GAMBARAN MASJID AS-SIDDIQIN TAMAN KUNDANG JAYA RAWANG YANG AKAN DIBINA DIATAS TAPAK YANG TELAH DIWARTAKAN




PENGECUALIAN CUKAI UNTUK INDIVIDU DAN BADAN KORPORAT
RESIT PENGECUALIAN CUKAI
Pihak kami akan mengeluarkan resit bayaran sumbangan wakaf diatas nama individu atau badan korporat (atas permintaan) untuk anda mendapatkan pengecualian cukai pendapatan dibawah Subseksyen 44(11D) Akta Cukai Pendapatan 1967 / Rujukan : LHDN.01/35/42/51/179-5-0003.
CARA MENDAPATKAN RESIT PENGECUALIAN CUKAI
Jika anda memerlukan resit sumbangan wakaf untuk mendapatkan pengecualian cukai pendapatan, sila kemukakan maklumat tambahan seperti yang tertera dibawah bersama bukti @ slip pembayaran sumbangan anda kepada Pihak Jawatankuasa Pembinaan Masjid As-Siddiqin sama ada melalui whatsapp ke 013-4199 382 atau e-mail ke masjidassiddiqinkundangjaya@gmail.com.
SUMBANGAN BADAN KORPORAT, Sila maklumkan nama penuh entiti korporat seperti yang didaftarkan di SSM atau ROS, alamat perniagaan, no telepon dan e-mail.
SUMBANGAN INDIVIDU, Sila maklumkan nama penuh, no kad pengenalan, alamat tempat tinggal, talian bimbit @HP dan e-mail.
LAWATAN TAPAK
Jawatankuasa Masjid mengalu-alukan mereka yang berminat untuk melihat tapak pembinaan Masjid.
Sebarang pertanyaan berkaitan, sila whatsapp atau hubungi talian 013-4199 382
E.Mail : masjidassiddiqinkundangjaya@gmail.com
Facebook : Masjid As-Siddiqin Kundang Jaya
Alamat : Lot 4 Jalan KJ 1A/4, Kundang Jaya, 48020 Rawang, Selangor
Youtube Channel : https://www.youtube.com/@MasjidAsSiddiqinKundangJaya
Lokasi Pembinaan Masjid : https://maps.app.goo.gl/b39VbzcvnvzaBsGT8
Sumbangan Pentadbiran dan Pengurusan Masjid As-Siddiqin Taman Kundang Jaya : https://app.herepay.org/masjid-assiddiqin/sumbanganjpmas
Infaq Jumaat Masjid As-Siddiqin Taman Kundang Jaya : https://app.herepay.org/masjid-assiddiqin/infaqjumaatjpmas
Semoga sumbangan wakaf yang anda berikan dianugerahi keberkatan oleh Allah S.W.T dan menjadi amal jariah yang sentiasa mengalir dan berkekalan selama-lamanya.
Terima Kasih
Jawatankuasa Pembinaan Masjid As-Siddiqin Taman Kundang Jaya.
Please fill in all required details